Categories: NASIONAL

Tiada sidang khas 2 Mac ini, kata Speaker

SHAH ALAM 28 Feb. – Persidangan khas Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon bagi mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu, tidak akan berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tiada Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangi Perdana Menteri Interim (Dr Mahathir), memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Namun demikian, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Setakat ini tidak notis dikeluarkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.

“Oleh demikian, saya memutuskan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago