AYER KEROH 20 Mac – Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan kononnya terdapat rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19 seperti yang tular melalui aplikasi Whatsapp, semalam.
Katanya, melalui data yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita itu adalah tidak benar dan rakyat tidak seharusnya menyebarkan berita yang tidak ditentukan kesahihannya.
“Saya nafikan (dakwaan yang tular). Setakat ini memang tidak ada kematian di Melaka dan berita itu adalah palsu.
“Berita yang tular di Whatsapp ini sebenarnya tuan-tuan atau orang ramai boleh baca, tetapi jangan sesekali ambil endah atau menjadikannya sebagai sumber maklumat.
“Ikut sahaja maklumat melalui saluran yang betul seperti daripada KKM sendiri. Saya seru rakyat negeri ini untuk tidak mempercayai berita yang tular dan tidak menyebarkannya kerana perkara seperti ini hanya akan membuatkan orang ramai lebih panik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Klinik Seri Negeri untuk menjalani saringan kesihatan Covid-19, pagi tadi.
Terdahulu, tular di aplikasi Whatsapp kononnya seorang imam di Bukit Larang meninggal dunia akibat Covid-19.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
BANGKOK 20 Mac (Bernama) -- Thailand telah melaporkan 60 kes baharu COVID-19, termasuk lima yang…
Leave a Comment