TIADA MASALAH KESIHATAN SERIUS DIREKODKAN

TIADA MASALAH KESIHATAN SERIUS DIREKODKAN

Syukur semua selamat, yang penting mesti sentiasa waspada..

 

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Low Chee Leong memaklumkan, setakat ini, tiada sebarang masalah kesihatan serius direkodkan susulan cuaca jerebu yang melanda negeri ini.

Bagaimanapun, terdapat segelintir orang ramai ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan ringan sahaja.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan menggunakan topeng muka semasa melakukan aktiviti luar.

Beliau berkata demikian selepas mengagihkan 20 ribu keping topeng muka kepada lebih 30 wakil persatuan dan sekolah di seluruh negeri Melaka.

Setakat ini Rekod Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan Melaka masih lagi tidak mencecah tahap berbahaya dengan Alor Gajah (170),Bukit Rambai (144) dan Bandaraya Melaka(129).

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES