TIADA ISU JUAL PULAU BESAR

80% pemilikan milik individu..

Pulau Besar sememangnya tidak lagi menjadi milik kerajaan negeri semasa berlaku pengambil alihan pulau itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan hampir 80 peratus pemilikan pulau itu adalah milik individu iaitu Tan Sri Wan Azmi, manakala baki 20 peratus merupakan perkongsian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Justeru, tidak timbul isu Pulau Besar akan dijual kepada syarikat pelabur dari Singapura seperti yang tular di media sosial.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas Sesi Lawatan ke DUN Paya Rumput.

Tambah Adly, Kementerian Wilayah memperuntukkan 500 ribu ringgit bagi kerja-kerja mereka bentuk pelan pembangunan dan pelancongan Pulau Besar melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan Universiti Tekonologi MARA (UiTM).

Bagaimanapun pihaknya tidak maklum sekiranya Tan Sri Wan Azmi ada menawarkan pemilikan Pulau Besar kepada pihak luar.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago