TIADA CATUAN AIR BUAT MASA INI

TIADA CATUAN AIR BUAT MASA INI

Bekalan air masih mencukupi.

Kerajaan negeri memberi jaminan tiada catuan air buat masa ini.

Tegas Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab setakat ini Melaka tidak berdepan dengan krisis bekalan air, malah yakin bekalan air di negeri ini masih terjamin.

Beliau berkata, masalah berpunca apabila paras air di ‘intake’ Sungai Melaka, kolam takungan, loji rawatan air Bertam dan loji rawatan air Bukit Sebukor semakin merosot.

Sehingga kini hanya 12 kawasan di Melaka Tengah dan Jasin terjejas tetapi pengguna masih mendapat air, cuma tekanan air rendah membuatkan ia tidak sampai.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Johor turut membenarkan tambahan pengepaman dari Sungai Grisek, Muar sebanyak 40 juta gelen sehari ke Empangan Durian Tunggal.

Selain itu, bekalan air pukal berjumlah 12 juta liter air sehari daripada Kerajaan Negeri Sembilan melalui memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dengan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Melaka turut mendapatkan bantuan 14 lori tangki dari operator di negeri lain seperti Terengganu, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES