The Shore Oceanarium Fasa Kedua dibuka 1 Disember ini

BANDARAYA MELAKA – Sejak dibuka secara umum pada Disember 2014, The Shore Oceanarium berjaya melakar nama sebagai antara lokasi tarikan pelancong perdana di negeri ini dan menjadi rujukan orang ramai dalam merasai pengalaman menakjubkan mengenai ekosistem serta menerokai pelbagai spesies kehidupan darat dan laut.

Sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, The Shore Oceanarium Fasa Kedua akan dibuka secara umum 1 Disember ini, bakal memberikan kepuasan berlainan kepada para pengunjung.

Berkonsepkan ‘spring in the ocean’, ia bakal menyaksikan The Shore Oceanarium Fasa Kedua akan melebarkan lagi prestij kawasan tarikan pelancongan tersebut dan menjanjikan pengembaraan baharu kehidupan laut kepada pengunjung.

Antara yang paling menarik perhatian dalam pembukaan Fasa Kedua ini ialah ‘Oceanarium Aquarist Lab’ yang mana merupakan persisi makmal pembelajaran mempamerkan hidupan harian hidupan ikan di laut.

Tambahan, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman melalui terowong baharu dinamakan ‘Ray Tunnel’ yang mempamerkan ‘Cownose Ray’ dan ‘Schooling Fish Tunnel’.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman satu-satunya ‘Music Sound of Sea’ yang mempersembahkan ‘Dancing Musical Light Aqua Theatre’ menggabungkan kombinasi muzik, lampu, ‘LED Air Bubble Curtain’ sekali gus bakal menyaksikan seni bunyi lautan dalam yang mengasyikkan.

Pengarah Urusan The Shore Oceanarium Melaka, Chew Chert Fong menjelaskan mereka turut memperkenalkan ruang ‘Infinity Aquaroom, Kids Dome Aquarium, Genomic DNA Extraction & Glow In The Dark Cultural Remix Mural Art.

“Jumlah pelaburan keseluruhan untuk Fasa Kedua ini menelan belanja RM3 juta dan ia dijangka akan menjadi tarikan pelancongan popular di negeri ini selain turut akan menyumbang kepada pembangunan pesat industri pelancongan Melaka dan Malaysia amnya.

“Fasa Kedua ini juga adalah tanda sokongan kami terhadap Tahun Melawat Malaysia 2020 yang mana kami mempromosi nilai kebudayaan negara kita yang tercinta ini,” katanya menerusi dalam satu kenyataan rasminya.

Sementara itu, harga ‘premium plus ticket’ (beli satu tiket Oceanarium PERCUMA 1 tiket taman interaktif VR & AR) akan dikekalkan walaupun terdapat beberapa aktiviti tambahan dalam Fasa Kedua ini.

Pada waktu ini, harga premium plus ticket dijual RM40 untuk dewasa , RM30 untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun serta warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago