The Grand Cultural Festival Sasar 1.5 juta pengunjung

The Grand Cultural Festival Sasar 1.5 juta pengunjung

33 acara termasuk lima acara bertaraf antarabangsa.

BANDARAYA MELAKA 7 Nov. – Kerajaan negeri menyasarkan 1.5 juta pengunjung bakal membanjiri The Cultural Festival Melaka River 2019.

Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, festival itu melibatkan 33 acara termasuk lima acara bertaraf antarabangsa.

“Pelbagai keunikan acara dan aktiviti diadakan termasuk acara ikon Perarakan Bot Berhias yang mempersembahkan keunikan budaya dari 10 negara.

“Antaranya, negara Bulgaria, Mexico, Korea Selatan, Thailand, Sri Lanka, Kazakhstan, Timor Leste dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media The Grand Cultural Festival Melaka River 2019 di Hotel Tun Fatimah, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Melaka, Zairi Suboh, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin.

Jelasnya, acara utama diadakan pada 23 November yang memaparkan Epik Sejarah Melaka ‘Historical Melaka’.

“Acara ini melibatkan 1,500 pemain gendang sekali gus diberi pengiktirafan dalam Malaysia Book of Record sebagai ‘The Largest Drum Event In Malaysia’.

“Majlis perasmian akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob pada malam 23 November tersebut,” katanya.

Menteri Pelancongan serta duta-duta pelancongan dijangka hadir memeriahkan festival berkenaan.

Tambahnya, terdapat juga aktiviti River Muay Thai Championship Fun Run & Ride, Pertandingan Beca Berhias, Kayak Sprint dan lain-lain.

CATEGORIES
TAGS