Categories: AntarabangsaCovid-19

Thailand rekod 60 kes baharu COVID-19

BANGKOK 20 Mac (Bernama) — Thailand telah melaporkan 60 kes baharu COVID-19, termasuk lima yang dikaitkan dengan perhimpunan agama di sebuah masjid di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan 272 kes.

Ia adalah peningkatan jumlah kes terbesar COVID-19 dalam tempoh 24 jam sejak penularan wabak itu pada Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata 43 kes positif baharu dikaitkan dengan tempat hiburan, perlawanan Muay Thai dan mempunyai kontak dengan pesakit yang direkodkan.

Angka itu turut termasuk lima kes dari Pattani dan Yala yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di sebuah masjid di Malaysia pada Februari.

“Kumpulan kedua sebanyak 17 kes termasuk sembilan individu yang telah kembali ke Thailand, tiga mempunyai kontak dengan warga asing dan seorang jurulatih kecergasan.

“Empat kes, termasuk satu melibatkan seorang wartawan, sedang dalam siasatan untuk sumber jangkitan,” katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini semalam.

Sehingga kini, Thailand melaporkan 272 kes COVID-19 dengan satu kematian. Sebanyak 42 pesakit didiscaj manakala 229 masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Suwannachai memberi jaminan jumlah katil hospital adalah mencukupi untuk pesakit COVID-19.

“Terdapat lebih 7,000 katil hospital di seluruh negara termasuk 1,000 di Bangkok,” katanya.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago