Teruskan kehebatan pemain kelahiran Melaka – Damian

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li mahu para pemain bolasepak pelapis Melaka meneruskan kesinambungan pemain-pemain hebat kelahiran negeri ini pada masa akan datang.

Beliau berkata bakat yang dimiliki para pemain muda di negeri tidak seharusnya dipersia-siakan selaras misi pembangunan pemain anak negeri Melaka #04.

Katanya sesebuah pasukan bolasepak negeri akan lebih bermakna jika dibarisi majoriti pemain yang terdiri daripada anak kelahiran negeri itu sendiri.

“Walau bagaimanapun itu tidak bermakna kita menutup terus penyertaan pemain dari luar tetapi kita lebih mengutamakan anak-anak tempatan kita untuk membarisi pasukan bolasepak Melaka United (MU) daripada peringkat belia hingga senior.

“Kami di MUSA akan memastikan ‘Misi #04’ akan terus diperkasa dalam membawa lebih ramai pemain muda dalam kalangan anak-anak negeri Melaka untuk di ketengahkan.

“Saya percaya Melaka memiliki ramai pemain muda yang berbakat yang jika digilap boleh menjadi pemain yang berkualiti untuk pasukan MU satu hari nanti,” katanya.

Shen Li berkata demikian ketika menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para pemain Skuad B19 MU di Stadium Hang Jebat yang bakal mengharungi saingan Piala Belia 2020 bermula bulan ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan B19 MU yang juga Naib Presiden MUSA, Nick Yong Yoon Pin yang ditemui berkata, musim 2020 menyaksikan MUSA meneruskan kesinambungan kepada pembangunan pemain di mana skuad musim ini dibarisi lebih 70 peratus pemain terdiri daripada anak-anak negeri Melaka.

Ini, katanya, seiring dengan Misi #04 dalam memberi peluang kepada anak-anak negeri Melaka beraksi untuk pasukan negeri.

Beliau berkata untuk saingan Piala Belia 2020, skuad B19 MU akan mencari ruang untuk layak ke suku akhir.

Skuad B19 Melaka United bimbingan jurulatih Mohd Fauzzi Kassim bakal memulakan saingan Piala Belia 2020 menentang Selangor di tempat lawan pada 23 Februari depan.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago