PELANCONGAN AGRO PUN MELAKA ADA. YANG NO4 TU PALING MENYENGAT

Antara lokasi pelancongan agro yang popular di Melaka. Pada korang yang tak pernah pergi lagi, wajib kena kunjung tau..

AKTIVITI pertanian dan penternakan lazimnya dilihat sebagai sumber ekonomi yang menguntungkan jika dijalankan dalam skala besar.

Menyedari impaknya, Kerajaan Melaka mengambil inisiatif membangunkan sektor berkenaan sekali gus dijadikan sub sektor pelancongan agro.

Perkembangan sub sektor itu semakin meluas sejak lima tahun lalu, apabila semakin banyak pihak memandang serius kepentingan pelancongan agro ini. Di Melaka khususnya, memang banyak lokasi pelancongan agro yang telah dinaik taraf.

 

1. TAMAN SERIBU BUNGA

Taman Seribu Bunga dibangunkan di kawasan seluas 5.3 Hektar bersebelahan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh.

Ia dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Julai 2007.

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di taman ini selain pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat spesis tumbuhan.

 

2. MELAKA TROPICAL FRUIT FARM (MTFF)

Dengan keluasan sekitar 69 hektar, MTFF mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan dari Bandaraya Melaka dan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menariknya, ia menawarkan penginapan di dusun sama ada dengan menyewa chalet atau khemah dalam suasana tenang dan damai jauh dari kesibukan kota.

Selain dapat menikmati buah-buahan, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti riadah.

Antara fasiliti terdapat di ladang ini termasuk buah-buahan, haiwan ternakan, mini zoo, taman herba dan fasiliti rekreasi.

 

3. TAMAN AGRO SELANDAR

Taman ini terletak kira-kira 50 kilometer dari pusat bandaraya yang pada awalnya dirancang dijadikan pusat pengeluaran makanan, bagaimanapun, diubahsuai menjadi pusat buat-buahan tempatan apabila pelancong dari dalam dan luar negeri boleh menikmati sendiri suasana dusun tradisi.

Kawasan yang bertingkat-tingkat ini disewakan kepada 14 pekebun buah-buahan dan lapan pekebun sayur.

Pelbagai buah-buahan tempatan popular ditanam di sini antaranya mangga, limau, ciku, rambutan, cempedak, jambu batu, belimbing, longan, durian dan kelapa pandan.

Terdapat juga aktiviti penanamam herba Tongkat Ali di sini.

Selain menjadi pusat pelancongan dan rekreasi popular, taman ini dijangka dijadikan pusat pembangunan pendidikan dan pembelajaran pelajar dan orang ramai secara umum.

 

4. MUZIUM LEBAH SEDUNIA

Terletak di Ayer Keroh, Melaka dan mula dibuka pada tahun 1978 oleh seorang pakar lebah tempatan, Ong Kang Peng yang juga pemilik syarikat B.B. Town yang popular sebagai pengeluar madu lebah terbesar di Malaysia.

Di sini, pengunjung diberikan maklumat terperinci mengenai kitar hidup (serta cara hidup) lebah dan berpeluang melihat secara dekat jutaan lebah hidup dipamerkan.

Pengunjung dapat mengetahui jenis lebah dari seluruh dunia, melihat gambar sarang lebah serta melihat produk hasilan yang berkaitan dengan lebah seperti madu lebah, propolis dan royal jelly.

Lokasi Muzium Lebah ini adalah berhadapan dengan pintu masuk ke Taman Mini Malaysia/Asean.

 

Lain-lain kawasan pelancongan agro di Melaka

-TERNAKAN LEBAH SOON LEE

– YOSHII AGRO CARE

– HAI CHOON BIRD NEST

– DUSUN HAJI SUPIAN, AIR PA’ABAS

– DESA PAKU HOUSE & GARDEN

– PUSAT PENGURUSAN PENYU

– LADANG MANGGA MELAKA DELITE KG GELAM

– AGROFARM STAY @ SKILL TECH

– KLAS FARM

– CHALET AGRO-TOURISM, SUNGAI RAMBAI

– DRAGON FRUIT FARM

– TAMAN KAYU JATI & HERBA MELAKA

– PENTERNAKAN UDANG HARIMAU TEDONG

– TERNAKAN IKAN KELI

 

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS