Terima suapan RM3,500, penguatkuasa AADK ditahan

Terima suapan RM3,500, penguatkuasa AADK ditahan

Jauhi rasuah!

AYER KEROH 12 Julai- Seorang Penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Jasin, direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kes meminta dan menerima suapan bernilai RM3,500.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat keatas suspek lelaki berusia 31 tahun terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba kira- kira jam 9.45 pagi sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Melaka sejam kemudian.

Difahamkan, lelaki terbabit dipercayai meminta dan menerima suapan kira-kira RM3,500 sebagai dorongan untuk menutup fail kes berkaitan dadah yang disabitkan keatas pengadu.

Suspek, ditahan semalam kira- kira jam 6.20 petang semalam, di Pejabat SPRM negeri, di Alai.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman suspek bermula hari ini sehingga Ahad.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS