Terima kasih rakyat Melaka

Terima kasih rakyat Melaka

Terima kasih barisan kepimpinan Melaka dan Persekutuan yang prihatin kepada rakyat Melaka 🙂

 

Ketua Menteri, Adly Zahari berterima kasih kepada seluruh rakyat Melaka kerana terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan dalam merealisasikan perancangan membangunkan Melaka.

Ujar Adly, pihaknya akan memastikan setiap janji memenuhi kehendak dan harapan rakyat dalam membentuk negeri yang berkeupayaan tinggi, bertaraf global malah mementingkan budaya, warisan progresif serta demokratik melalui inisiatif Pintar, Hijau, dan bersih.

Ia seiring dengan hasrat kerajaan Persekutuan bagi memikul tugas besar dalam membina dan mengembalikan kewibawaan negeri Melaka.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan kibar jalur Gemilang yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Pahlawan, Banda Hilir.
Dalam pada itu, Adly menyeru rakyat Malaysia agar menolak segala unsur rasuah seiring slogan ‘Malaysia Bersih’ dalam mengorak langkah membina Malaysia Baharu dan Melaka berwibawa.

Ribuan pengunjung yang hadir menyaksikan pelancaran itu terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan negeri, sekaligus memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES