Categories: MELAKA

Terima anugerah TUAH selepas rumah dijilat api

AYER KEROH 2 Dis. – Amirul Zarith Zamri, 24, menerima Anugerah Khas TUAH disampaikan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob pada Majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), sebentar tadi.

Anak keempat dari enam beradik itu merupakan calon paling layak menerima anugerah berkenaan selepas rumahnya keluarganya di Batu 13 Maran, Pahang hangus dijilat api pada 21 Ogos lalu.

Menceritakan detik berkenaan, mahasiswa Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) itu berkata, segalanya berlaku terlalu pantas.

“Semasa kejadian saya sedang mandi di bilik air sebelum terdengar jeritan mak (Rahimah Idris,60) yang ketika itu berada di ruang tamu bersama ayah (Zamri Ipin, 62) sedang berada di ruang tamu.

“Saya terus capai tuala dan keluar dari bilik air sebelum terlihat asap hitam memenuhi kawasan rumah, sebelum menyelamatkan ayah saya yang merupakan pesakit strok.

“Dua ke tiga minit kemudian, di hadapan mata sendiri, rumah saya hangus dijilat api, pasukan bomba dan penyelamat kemudiannya memaklumkan ia berpunca dari litar pintas,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sebagai penerima anugerah itu, Amirul membawa pulang sijil, pingat anugerah TUAH dan cek bernilai RM2,000.

Anugerah khas TUAH merupakan anugerah istimewa yang diwujudkan UTeM buat pertama kali bagi memberi penghargaan dan pengikitrafan kepada pelajar yang mempunyai atribut Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik.

Ia diikuti pencapaian akademik profil yang mantap, mempunyai semangat kesukanan dan sukarelawan yang tinggi serta menonjolkan ciri kepimpinan dan keberanian yang jitu.

Tambah Amirul, dia bersyukur kerana berada di rumah ketika kejadian dan nekad menamatkan pengajian, walaupun ditimpa musibah untuk berbakti kepada kedua ibu bapanya.

“Penghargaan ini untuk ibu dan ayah saya, walau apa pun yang terjadi, mereka paling penting,” katanya.

Amirul dalam masa sama turut berterima kasih kepada pihak UTeM di atas anugerah yang dikurniakan.

Dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Inovasi Teknologi) BTMI yang menamatkan pengajian dengan kumulatif purata pengajian (CGPA) 3.23.

Terdahulu, seramai 2,993 graduan akan bergraduat pada sesi konvokesyen kali ini.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago