Categories: Ketua MenteriMELAKA

Terbuka terima pandangan, tunjuk ajar – Adly

AYER KEROH 30 Jan. – Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima pandangan serta tunjuk ajar daripada pihak yang lebih berpengalaman.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perkara penting dalam kepimpinan perlu dimulakan dengan tunjuk ajar serta bimbingan yang betul.

Beliau berkata, ia bagi memastikan proses-proses atau kepimpinan kerajaan negeri itu dapat dilaksanakan dengan betul.

“Kita tiada banyak pengalaman, apa saja kecemerlangan atau penilaian dibuat rakyat kepada pentadbiran kita, banyak menyumbang kepada kerajaan negeri.

“Jika kita tidak terima tunjuk ajar yang betul, ia sukar untuk kita meneraju ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sekalung Kasih Mesra Dudi Datuk Seri Roslan Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Adly berkata, jika gagal mendapatkan pandangan yang betul, ia akan merugikan kepimpinan kerajaan negeri selain merugikan masa.

“Peranan sebagai pemimpin cukup besar dan tidak mudah, justeru kita perlu menerima pandangan masyarakat sama ada ia betul atau tidak untuk diperbaiki dari semasa ke semasa.

“Setiap kepimpinan itu punyai cara dan kaedah tersendiri, kita perlu perbaiki termasuk terima pandangan baik atau tidak dari masyarakat,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago