Tentera Yaman tembak jatuh dron militia Houthi di Selatan Hudaidah

Tentera Yaman tembak jatuh dron militia Houthi di Selatan Hudaidah

Jangan tercetus lagi perang saudara..

YAMAN, 9 Julai – Pasukan Tentera Kebangsaan Yaman pada Isnin menembak jatuh sebuah dron peninjau milik militia Houthi di daerah Duraihmi, yang terletak di selatan wilayah Hudaidah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik laman sesawang ketenteraan Yaman.

Menurut laman sesawang September Net, yang dikendalikan tentera Yaman, pesawat itu disyaki sedang berusaha melakukan misi tinjauan di timur bandar Duraihmi.

Dalam konteks lain, pasukan kejuruteraan Tentera Kebangsaan berjaya membongkar sebutir peluru berpandu tentera laut yang mengandungi sejumlah besar bahan letupan, yang ditinggalkan militia Houthi di Hudaidah.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES