Categories: Antarabangsa

Tentera Iraq tangkap militan Daesh yang lari elak pertempuran di Syria

BAGHDAD, 17 Okt – Menteri Pertahanan Iraq Najah al-Shammari pada Rabu berkata pasukan keselamatan telah menangkap sejumlah militan Daesh yang cuba menyusup ke negara itu bagi mengelak pertempuran di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

Al-Shammari membuat komen itu semasa lawatannya ke sempadan Iraq-Syria di barat Iraq di mana beliau bertemu komander pasukan keselamatan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.

Beliau menekankan keperluan untuk terus memburu mereka yang menyusup ke Iraq dan melakukan persediaan dari segi kedudukan pertahanan di sempadan bagi mengekang penyusupan pengganas.

Lawatan Al-Shammari ke sempadan negara itu dengan Syria dibuat selepas Turki melancarkan operasi ketenteraan terhadap pejuang Kurdish di utara Syria, yang mencetuskan kritikan lantang dalam kalangan masyarakat antarabangsa dan dunia Arab serta amaran bahawa peperangan menentang keganasan mungkin terjejas.

Iraq bimbang militan Daesh dapat melarikan diri ke Iraq dan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara itu semasa serangan Turki di Syria.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago