Categories: NASIONAL

TENDER: Henti jumpa di luar untuk “minum-minum”

CYBERJAYA, 2 Dis. – Pegawai awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian tender perlu menghentikan budaya ‘entertainment dealing’, minum kopi atau teh tarik bersama pemohon tender, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Beliau berkata langkah pencegahan amalan rasuah seperti tidak keluar minum bersama pihak berkepentingan adalah penting dalam memastikan proses integriti adalah ‘hidup’ dan bukan sekadar mantra.

Menurutnya, dalam proses permohonan tender, terdapat pegawai yang cenderung untuk keluar berjumpa pemohon tender yang berpotensi di luar pejabat dan luar waktu pejabat untuk minum dan ‘buat deal’.

“Saya tidak bermaksud tidak boleh berjumpa langsung. Jika pegawai itu mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen atau tender dan sebagainya, dia tidak seharusnya berjumpa dengan orang tertentu di luar (waktu bekerja) dan mengatakan ia sekadar minum-minum,” katanya.

Ditemui selepas membentangkan kertas bertajuk ‘Combatting Corruption: Corporate Scandals and Its Challenges’ pada sambutan Hari Integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini, Latheefa berkata langkah pencegahan rasuah perlu dipertingkatkan walaupun larangan pemberian hadiah sudah dilaksanakan.

Dalam kertas kerjanya, Latheefa berkata 32 daripada lebih 100 GLC di negara ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam amalan rasuah.

“Pegawai kanan SPRM ditempatkan di 32 GLC berkenaan sementara pegawai lain ditempatkan di GLC berisiko sederhana dan rendah. Mereka mengetuai Unit Integriti dan Governans (IGU) di GLC,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada October tahun lepas mengumumkan setiap GLC wajib menubuhkan IGU dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak dalam ucapannya berkata MCMC dijangka melancarkan pelan anti rasuah organisasi pada awal 2020.

“Ia akan melibatkan pelbagai program dan sesi latihan kepada semua warga kerja supaya pengurusan, dasar dan prosedur MCMC mengutamakan integriti dan bersifat anti rasuah,” katanya.

– BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago