Categories: MELAKA

Tenaga mahir tempatan gagal bersaing dengan buruh asing

BANDA HILIR, 23 Okt. – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerima peruntukan RM100 juta setahun untuk melatih tenaga mahir tempatan dalam sektor pembinaan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga buruh asing.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata golongan belia dan pekerja binaan tempatan akan dilatih selama setahun di enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) di seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan mereka dalam industri pembinaan.

Beliau berkata disebalik perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan tersebut, tenaga mahir tempatan didapati masih gagal bersaing dengan tenaga buruh asing disebabkan faktor sikap.

Pekerja binaan warga asing, katanya, sanggup bekerja sehingga lewat malam seperti yang disaksikan beliau ketika melawat kawasan projek Forest City di Johor.

“Orang kita tidak boleh kerja sampai malam, dia kerja sampai petang sahaja dan akan balik sebab isteri sudah menunggu di rumah.

“Pada hujung minggu pula tenaga kerja kita kena pergi kenduri rumah saudara-mara, jadi mereka tidak boleh kerja sampai malam dn inilah kekangannya untuk mereka bersaing dengan tenaga buruh asing,” katanya pada Majlis Penerangan Pendaftaran Kontraktor G1 dan Dialog Usahawan di Hotel Sri Costa di sini semalam.

Ahmad ‘Asri berkata kekangan tersebut menjadi penyebab banyak projek-projek pembinaan di negara ini masih dilaksanakan oleh pekerja-pekerja warga asing.

Lebih 200 peserta menghadiri program anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bukit Katil dan Melaka Halal Hub Sdn. Bhd.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago