Tempias Jerebu rentas Melaka

Tempias Jerebu rentas Melaka

Kepada orang ramai, boleh beli mask bagi hindari sebarang jangkitan akibat jerebu...

AYER KEROH 10 Sept- Jerebu mula melanda Melaka apabila dua stesen di Bukit Rambai dan Alor Gajah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) di laman web http://apims.doe.gov.my setakat jam 4 petang tadi.

Bukit Rambai mencatatkan IPU 106 manakala Alor Gajah mencatatkan IPU 103 dan Bandaraya Melaka catat IPU 99.

Kualiti udara di negeri ini semakin buruk sejak jam 9.00 pagi tadi dengan bacaan IPU daripada paras sederhana kepada tidak sihat.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Isnin lalu mengeluarkan kenyataan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS