Tempat VIRAL DI MELAKA? NO 5 kena try…

MELAKA ni walaupun nampak kecil tapi banyak kelebihannya, dah nama pun destinasi pelancongan terunggul di Malaysia, tak sah kalau tak singgah Melaka. Diiktiraf sebagai bandar warisan dunia, negeri ini mempunyai pelbagai tempat bersejarah yang pasti membawa seribu kenangan buat pengunjung. Tetapi bukan tinggalan sejarah je yang ada di sini, ada lagi tempat menarik dan sering diviralkan yang perlu korang tahu di Melaka ni.

1. MASBRO VILLAGE

Masbro Village terletak di kawasan Paya Rumput, tempat penginapan ini berilhamkan dari rumah berwarna-warni popular di tepi pantai Melbourne Australia. Kalau anda bawa family dan ingin menginap di sini, ia sangat-sangat bersesuaian kerana lokasinya yang strategik serta konsepkan yang mampu memukau pengunjung.

2. PANTAI KLEBANG

Sebut sahaja Pantai Klebang, ia perkara tidak asing lagi bagi pengunjung. Buka hanya keindahan pantai serta lokasi yang bersesuai untuk beriadah, malah dijadikan port untuk bergambar kenangan. Ia menjadi pilihan ribuan pelancong yang melawat Bandar Melaka kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan bandar.

3. CHALET KAMPONG PINANG SEBATANG

Chalet ini terletak di Pantai Pengkalan Balak, bagi yang minat bermandi manda di pantai, ini tempat penginapan yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.

4. APJ INFALTABLE WATERPARK

Taman tema air ni terletak di Jasin jer, ini adalah lokasi percutian yang bersesuaian buat seisi keluarga, harga tiketnya murah je tak perlu fikir panjang nak keluarkan modal yang banyak. Kalau bawa anak-anak pastinya mereka seronok hingga tak nak balik. Cakap jer tak guna, jom la bawak anak-anak korang hujung minggu nanti.

5. SKYTREX MELAKA

Bagi yang meminati sukan lasak dan ekstrem, boleh berkunjung ke sini. Lokasinya sangat best kerana terletak berdekatan dengan Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Lepas penat, berpeluh buat aktiviti lasak boleh pergi bermandi manda pula. Sesiapa yang mencuba trek ini perlu mengambil masa dua hingga tiga jam, jangan risau segala kelengkapan keselamatan disediakan untuk korang.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago