Tempat sesuai BERSENAM di Melaka, NO 2 tu tenang…

Tempat sesuai BERSENAM di Melaka, NO 2 tu tenang…

Ape lagi, jom bersenam...

MELAKA antara negeri mempunyai port bersenam yang menarik. Boleh dikatakan di Melaka Tengah ni, ada saja tempat bersenam disediakan. Paling best, ia sesuai untuk seisi keluarga dan mempunyai pelbagai kemudahan. MK senaraikan antara lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk jogging dan aerobik.

 

1. TAMAN REKREASI BUKIT SERINDIT


Antara tempat paling sesuai untuk seisi keluarga bersenam. Dari muda ke lebih berusia, tempat ini mula dikunjungi seawal 4 petang. Waktu pagi juga ramai yang datang ke sini.

 

2. TAMAN BOTANIKAL


Nak jogging boleh, kayuh basikal pun. Suasananya dikelilingi pokok-pokok dan tempatnya agak redup dan sejuk.

 

3. TAMAN SERIBU BUNGA


Jogging kat sini apa yang seronoknya kita boleh belajar mengenai bunga. Rasa segar mata bila dikelilingi bunga yang bewarna-warni.

 

4. BUKIT CINA

Kalau nak ekstrem sikit boleh la jogging di sini. Treknya yang berbukit mungkin lebih mencabar.

 

5. TASIK AYER KEROH


Selain sesuai untuk jogging dan bersenam, kita juga boleh ‘rock climbing’ di sini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS