Temasya Budaya Melaka 2018 meriah

Temasya Budaya Melaka 2018 meriah

MOHD Khalil merasmikan program Temasya Budaya Melaka 2018 (TBM) di Dataran A Famosa, Bandar Hilir, Sabtu lalu.

BANDARAYA MELAKA 22 Okt. – Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob menghadiri program Temasya Budaya Melaka 2018 (TBM) di Dataran A’ Famosa, Bandar Hilir di sini, Sabtu lalu.

Program julung kali itu dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka (JKKN Melaka) berlangsung selama tiga hari.

Seramai 280 peserta pelbagai kaum mengambil bahagian pada program tersebut dan turut dibuka pelbagai booth pameran kesenian kebudayaan dan gerai jualan makanan pelbagai negeri sepanjang TBM berlangsung.

Program yang memaparkan kepelbagaian seni budaya dan warisan Melaka itu turut mendapat kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan dalam menarik lebih ramai pelancong, sekali gus menjana ekonomi masyarakat setempat.

Antara tiga elemen utama yang ditekankan pada TBM 2018 adalah Citarasa Homestay Melaka, Pertandingan Dondang Sayang dan Promosi Kraf Malaysia.

Turut Hadir, Ketua Pengarah JKNN, Tan Sri Norliza Rofli; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Roslan Ibrahim; Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Mohammad Jailani Khamis; dan para pegawai tertinggi MOTAC.

Dengan berlansungnya TBM, diharapkan ia mampu memberi nilai tambah ke arah transformasi dan menjadi pemangkin perkembangan seni budaya tanah air.

CATEGORIES
TAGS