Categories: MELAKA

Tema pahlawan Melayu pukau pelajar SKTM2

TANJUNG MINYAK – Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) mempunyai cara tersendiri ketika menyambut sambutan Hari Guru di sekolah itu, baru-baru ini.

Setiap guru dan kakitangan sekolah itu menampilkan ciri pakaian pahlawan Melayu selaras dengan tema kepahlawanan Melayu tradisional.

Pengerusi kelab itu, Mohd. Fitri Ab. Karim berkata, tema itu dipilih bagi memberi pendedahan kepada anak-anak yang masih tidak mengenali pahlawan Melayu terdahulu.

“Bukan itu sahaja, ada antara mereka masih tidak tahu pakaian tradisional yang digunakan. Penekanan ciri tradisional ini dapat membuka mata masyarakat bahawa sifat kepahlawanan atau perjuangan zaman dahulu itu penting,” katanya kepada MelakaKini pada Sambutan Hari Guru SKTM2 di sini, baru-baru ini.

Pada majlis itu, turut diadakan bacaan Yasin dan tahlil bagi memperingati guru-guru yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Hadir sama, Guru Besar SKTM2, Ehsanudin Abd. Jalil.

Katanya, sambutan Hari Guru bertujuan meraikan tenaga pengajar yang bertungkus lumus membimbing pelajar untuk berjaya.

“Penghargaan ini tidak mampu dizahirkan kerana pengorbanan guru amat besar dalam membentuk jati diri murid.

“Guru bukan saja korbankan harta benda, malah masa bersama keluarga semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: SKTM2

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago