Teliti teknologi penghasilan tanaman sayuran

Mulai sekarang lebihkanlah sayuran dalam makanan, baru hidup sihat..

 

Kerajaan negeri akan meneliti kaedah penggunaan teknologi moden dalam meningkatkan penghasilan tanaman sayuran di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, Adly Zahari, Malaysia hanya menggunakan sekitar 1.6 peratus daripada kawasan pertanian bagi kerja penanaman sayuran.

Justeru itu, pihaknya akan mengenal pasti inisiatif bagi meningkatkan penghasilan tanaman sayuran tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Simposium Southeast Asian Vegetable 2019 di Hotel Hatten, Banda Hilir.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Mohd Salehuddin Hassan dan  Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri, Norhizam Hassan Baktee.

Dalam pada itu, Adly berharap inisiatif tersebut mampu menghasilkan sayuran yang sihat, sekaligus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengamalkan budaya pemakanan sihat.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES