Categories: MELAKASAMBPrihatin

Tangki air SAMB untuk kemudahan penduduk Japerun Tanjung Bidara

DIN AHMAD

ALOR GAJAH 28 Jan. – Penduduk beberapa kampung sekitar Tanjung Bidara di sini mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) yang menyediakan tangki air sebagai langkah menyediakan Bekalan Air Berjadual bermula esok.

Bagi penduduk, penyediaan tangki yang mampu menyimpan 2,727 liter atau 600 gelen air itu memberikan peluang untuk mereka menjalankan urusan harian dan persiapan untuk hari-hari berikutnya.

Seorang penduduk Kampung Balik Batu, Zainal Sulaiman, 58, berkata, penduduk kampung itu kini telah bersiap sedia menghadapi kekurangan bekalan air ekoran musim kemarau ketika ini.

Penduduk juga katanya, berterima kasih kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara kerana berusaha memastikan penduduk kawasan berkenaan sentiasa mendapat bekalan air menerusi Bekalan Air Berjadual yang disediakan SAMB.

“Alhamdulillah, kerajaan negeri mendengar rintihan kami. Tangki yang diletakkan SAMB di kampung ini, selain tiga paip sementara yang siap dipasang hari ini memberikan kelegaan kepada kami untuk menghadapi kekurangan bekalan mulai esok,” katanya ketika ditemui di pusat agihan setempat yang disediakan SAMB di kampung itu hari ini.

Pusat berkenaan berfungsi membekalkan air sebanyak kira-kira 2,727 liter atau 600 gelen air khusus untuk penduduk mulai esok.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Balik Batu, Rosli Salleh pula berkata, tangki berkenaan ditempatkan pagi ini selepas kontraktor yang membekalkannya berjaya menyiapkan tapak diperbuat daripada besi untuk menampung tangki berbanding rekaan sebelum ini yang menyebabkan ia tidak mampu menampung kapasiti tangki.

Menurut Setiausaha Japerun Tanjung Bidara, Jefri Sharif, setiap kali air dalam tangki habis, lori tangki SAMB akan menyalurkan air tambahan bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air diperlukan.

Selain Kampung Balik Batu, tambahnya, tangki berkenaan turut disediakan di Kampung Pasir Gembor dan Paya Mengkuang, dalam DUN Tanjung Bidara.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago