Tampal jalan berlubang elak bahaya

Tampal jalan berlubang elak bahaya

Syabas atas tindakan pantas pihak MPKK dan SAMB

LIMBONGAN 8 Nov. – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lorong Pandan menarik nafas lega apabila jalan berlubang di hadapan jalan masuk ke Taman Limbongan Permai telah dibaik pulih dan diturap semula.

Pengerusinya, Azizul Adnan berkata, tindakan pantas pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memperbaiki jalan tersebut sekali gus mengurangkan kebimbangan penduduk dan pengguna jalan tersebut.

Menurutnya, lubang di jalan itu boleh mengundang bahaya khususnya kepada penunggang motosikal.

“Kita tidak mahu selepas perkara atau kejadian buruk berlaku barulah tindakan diambil.

“Ia hanya memberi tanggapan negatif kepada pihak berkaitan dan apa dilakukan SAMB wajar diberikan pujian kerana mereka melakukan usaha tepat,” katanya kepada MelakaKini.

CATEGORIES