Categories: MELAKA

Tambah hasil negeri : Kerajaan negeri cadang wujud sumber baharu

AYER KEROH 8 Feb. – Kerajaan bercadang mewujudkan sumber baharu bagi menambah pendapatan serta hasil negeri yang baharu.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Hasim Hasan berkata, bagi tujuan itu, antara yang boleh dilaksanakan adalah menerusi sumber air selain meningkatkan industri pelancongan itu sendiri.

Selain itu jelasnya, menerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri juga boleh membantu dan digerakkan bagi tujuan tersebut agar Melaka akan lebih maju dan menjadi tumpuan pelancong, bukan hanya dari dalam negara, malah dari rantau ini.

“Paling penting, Melaka mesti terus maju dalam pembangunan fizikal, yang pastinya saya akan meneruskan apa saja perancangan baik yang dilaksanakan SUK terdahulu, Datuk Seri Roslan Ibrahim, jika perlu dibuat sedikit penambahbaikan, kita akan laksanakannya,” katanya.

Hasim berkata demikian kepada MelakaKini selepas mengadakan
kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil di Seri Negeri di sini, semalam.

Mengulas mengenai kunjungan itu, Hasim berkata, Mohd Khalil banyak memberi pandangan berkaitan tugas sebagai SUK dan memberi pandangan berkaitan hala tuju pembangunan di Melaka.

“Tun seorang berpandangan jauh dan beliau tahu apa yang berlaku dan mengingatkan kita agar bersama membangunkan negeri ini.

“Ianya supaya gagasan menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju serta menjadi tumpuan perlancong di rantau ini dapat dicapai,” ujarnya.

Hasim, 58, berkelulusan B.A (Hons) (Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan D.P.A dari Institut Tadbiran Awam (INTAN) menjawat jawatan tersebut menggantikan Roslan yang bersara wajib, baru-baru ini.

Terdahulu, anak kelahiran Grik, Perak ini memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Jempol, Negeri
Sembilan pada 1 Ogos 1989.

Hasim yang juga seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) menduduki Gred Utama M54 melalui LKPPA pada Julai 2014, sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Perak di bawah Unit Penyelarasan
Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

8 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

10 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

10 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

10 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

10 months ago