TAMBAH BAIK RUMAH PAM & ‘FLAP GATE’ ELAK BANJIR

TAMBAH BAIK RUMAH PAM & ‘FLAP GATE’ ELAK BANJIR

Pihak berwajib mesti pastikan rumah pam betul-betul berfungsi dengan baik…

 

Ketua Menteri, Adly Zahari mahu kesemua rumah pam di negeri ini ditambah baik bagi memastikan ia benar-benar berfungsi.

Beliau berkata, usaha itu termasuk menambahbaik ‘flap gate’ di rumah pam Sungai Putat yang masih memerlukan beberapa langkah proaktif.

Beliau bercakap demikian selepas lawatannya di Rumah Pam Sungai Putat.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin.

Jelas Adly, pelaksanaan rumah pam di Sungai putat perlu dilihat semula bagi memastikan kawasan takungannya benar-benar menakung air.

Pada masa sama, beliau yakin kerajaan negeri mempunyai formula bagi pelaksanaan tersebut, namun terdapat kekangan terutama melibatkan perbelanjaan dan sebagainya.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES