Categories: MELAKA

Tambah baik kemudahan parkir Taman Botanikal Ayer Keroh

AYER KEROH 3 Dis. – Seramai 20 peserta yang terdiri daripada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ayer Keroh telah mengambil inisiatif untuk mengecat semula petak parkir di Taman Botanikal Ayer Keroh, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, program berbentuk gotong-royong itu dijalankan atas inisiatif sendiri selepas mendengar rungutan daripada pengunjung yang berdepan masalah untuk parkir kenderaan kerana tidak mempunyai petak parkir yang jelas.

“Keseluruhan kawasan ini mempunyai lebih 180 petak parkir kereta dan 13 untuk bas. Seperti kita sedia maklum, kawasan ini sering menjadi tumpuan warga Melaka untuk bersenam dan beriadah.

“Namun, masalah berkaitan parkir timbul kerana petak parkir lama di kawasan ini sudah hilang dan itu menyebabkan berlakunya masalah dan atas sebab itu pihak Japerun dan MPKK di bawah DUN Ayer Keroh mengambil pendekatan ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Yee turut menyuarakan harapan agar inisiatif gotong-royong yang dijalankan pihak Japerun dan MPKK itu dapat menggalakkan semangat kesukarelawanan (volunteerism) di kalangan penduduk, khususnya di kawasan Ayer Keroh.

Ujarnya, dengan semangat kesukarelawanan, ia mampu menjadikan masyarakat lebih proaktif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

“Kita boleh lihat banyak masalah yang timbul sejak akhir-akhir ini seperti isu sampah, longkang tersumbat dan lain-lain boleh diselesaikan sekiranya semua penduduk dan masyarakat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sistem dan boleh bertindak menyelesaikan masalah itu.

“Bukannya bila berlaku sesuatu masalah, semua mahu menuding jari kepada agensi kerajaan. Itu tidak betul kerana semua yang berlaku di sekeliling adalah tanggungjawab bersama.

“Jadi, kita harap dapat suntik semangat dan itu dan dipihak Japerun serta MPKK juga kami akan terus bergiat aktif menganjurkan program-program gotong-royong sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago