Categories: MELAKA

Tak tahu ada ‘abang kawasan’

AYER KEROH – Isu ini yang berlarutan puluhan tahun yang lalu turut membimbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong.

Apatah lagi, isu itu dikatakan dilindungi individu tertentu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

Chee Leong berkata, dia tidak pasti terdapat pertubuhan kongsi gelap melindungi bisnes berkenaan.

“Saya tidak pasti ada pihak memonopoli kawasan itu.

“Orang awam yang ada maklumat tentang perkara ini boleh berhubung terus dengan saya” katanya.

Beliau yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri menegaskan akan memastikan perkara ini diselesaikan dalam masa terdekat selain, mencari jalan mengetuai operasi membanteras kegiatan itu.

Untuk info Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan (Japerun) Kota Laksamana hanya terletak kira-kira 700 meter dari kawasan yang dimaksudkan.

“Perkara ini tidak boleh dihapuskan secara keseluruhan kerana mereka yang terlibat pastinya ada cara menyembunyikan ‘periuk nasi’ mereka.

“Tetapi, langkah meminimumkan aktiviti mereka boleh diambil, saya akan berjumpa dengan agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk melakukan operasi dan risikan dengan lebih kerap.

“Bisnes yang tidak sihat ini sudah lama diperjuangkan rakyat setempat dan menjejaskan nama Melaka sebagai pusat pelancongan,” jelasnya.

Chee Leong juga terkejut mendengar dakwaan pelajar sekolah juga terlibat sama dalam aktiviti berkenaan.

“Kebiasaannya yang saya dengar hanyalah melibatkan pekerja asing dan warga tempatan, ini kali pertama saya dengar ia berlaku.

“Saya tahu lokasi ini panas di Melaka jadi ia tidak akan berhenti menerusi operasi sahaja, mungkin perlu diselitkan sekali dengan sesi kaunseling supaya mereka yang terlibat insaf,” jelasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago