Tak perlu gores tiket parkir Sabtu & Ahad

Tak perlu gores tiket parkir Sabtu & Ahad

Ingat ya, parkir di petak disediakan PBT, jangan parkir atas garisan kuning atau di tempat yang tidak sepatutnya. Naya kena saman nanti..

JIKA dulu datang ke Melaka pada hujung minggu perlu gores tiket parkir, sekarang dah tak perlu lagi sebab Kerajaan Negeri Melaka bagi parkir percuma setiap Sabtu dan Ahad.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Parkir dah percuma tetapi kena ingat, pelancong perlu letakkan kenderaan dalam petak parkir yang disediakan, kalau parkir di kawasan larangan pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk kenakan saman.

Adanya inisiatif ini, pelancong dalam dan luar negara tidak perlu bersusah payah lagi untuk cari di mana kaunter yang menjual tiket parkir.

 

PARKIR PERCUMA BERKUATKUASA 15 JUN 2018

Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan sebanyak 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbiran empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diberikan percuma pada Sabtu dan Ahad.

Inisiatif pengecualian bayaran parkir kenderaan di negeri ini pada awalnya dilaksanakan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melibatkan kawasan tumpuan pelancongan atau bandar namun ia kemudian diperluaskan di tiga lagi kawasan pentadbiran PBT di negeri ini.

Waktu operasi perkhidmatan kutipan letak kereta juga diselaraskan bermula 9 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat saja.

 

PENGECUALIAN BAYARAN PARKIR KERETA

Pengecualian bayaran letak kereta ini tidak dikenakan kepada pengusaha/operator letak kereta swasta serta syarikat-syarikat kecil yang diswastakan MBMB.

Sebanyak 12 syarikat terlibat meliputi 1,436 petak letak kereta seperti di Pasar Transit Melaka Sentral, Kompleks Tabung Haji dan Muzium Bukit Sejarah dan Jalan Kota.

Pengguna diingatkan supaya ikut peraturan sedia ada dan meletakkan kenderaan mengikut petak-petak yang disediakan MBMB.

Jika langgar peraturan, pengguna boleh didenda maksimum RM300 mengikut perintah (4), peruntukan tempat letak kereta 2001.

CATEGORIES
TAGS