Categories: MELAKA

Tahap obesiti dalam kalangan rakyat Melaka membimbangkan

BANDARAYA MELAKA 14 Jan. – Kerajaan negeri akan memperkasakan Kempen Kesedaran Diabetes, susulan tahap obesiti dalam kalangan rakyat negeri ini masih berada di tahap membimbangkan, berbanding negeri lain.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong melihat ia sebagai antara perkara serius yang perlu dilaksanakan segera antaranya, melibatkan pemerkasaan kempen itu yang akan diberikan keutamaan tahun ini, sekali gus menggenapkan tiga kempen kesedaran utama yang dijalankan sejak tahun lalu.

“Pada tahun lalu, pihak kami memfokuskan dua kempen kesedaran iaitu Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan juga pendedahan kanser dan bagi tahun ini kerajaan negeri menambah lagi satu kempen bagi memberi pendedahan kepada rakyat.

“Kerajaan negeri memandang serius ke atas kempen kesedaran ini bagi memastikan masyarakat menerima maklumat secara mendalam dan mampu menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama Pekerja Pembersihan Jalan Jonker, semalam

Tambah beliau, bagi memastikan kempen itu kekal efektif, pihaknya akan menyasarkan melalui beberapa pendekatan termasuk pendedahan ke peringkat sekolah.

“Sebuah Program Peduli Sihat akan diperkenalkan kepada seluruh komuniti dan sekolah di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan bekerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JKN) Melaka bagi memastikan usaha ini mencapai matlamat.

“Pada tahun ini juga, kerajaan negeri turut menyasarkan seluruh sekolah di negeri ini dengan kempen lain termasuk kempen pencegahan rokok dan rokok elektronik secara berkala di seluruh negeri,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago