Categories: MELAKA

Tabung Haji: Henti sebar berita palsu, elak persepsi negatif – Mohd Sofi

AYER KEROH 20 Feb. – “Selidiklah berita dan info yang diterima akan kesahihan dan kebenarannya sebelum sebarkan,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kemudahan Awam negeri khuatir, jika berita palsu serta fitnah tidak dibanteras dengan segera, ia akan menambahkan kemudaratan pada masa akan datang.

“Bayangkan jika diri sendiri atau ahli keluarga kita terkena situasi yang sama bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu berkaitan diri atau ahli keluarga kita.

“Malaysia maju hanya akan dikecapi apabila majunya minda serta permikiran masyarakat ramai di luar sana,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kenyataan itu berikutan berita yang tular kelmarin di mana aset milik Lembaga Tabung Haji Malaysia yang dipindah milik ke sebuah syarikat milik kerajaan lain kerana aset tersebut tidak memberi keuntungan kepada Tabung Haji.

Jelasnya, pembangunan yang mapan dari segi ekonomi mahu pun infrastruktur hanya dicapai dengan tanggungjawab semua pihak tidak kira pangkat dan darjat.

“Saban hari kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri berusaha menyalurkan pelbagai maklumat dan info semasa di semua saluran media sama ada bercetak mahupun secara atas talian.

“Bagaimanapun, masih ramai masyarakat tetap menerima dan mempercayai berita-berita yang tidak ada sumbernya serta diragui kesahihannya,” katanya.

Katanya, jika dahulu masyarakat mudah percaya dengan kisah-kisah momok yang menyeramkan dengan tujuan memberi pengajaran.

“Hari ini, masyarakat mudah percaya dengan kisah-kisah momok berunsur fitnah dan berita-berita palsu.

“Inilah momokan zaman ini dengan menyebarkan berita-berita palsu yang akhirnya menimbulkan persepsi buruk serta ketakutan kepada masyarakat di luar,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago