Categories: Ketua MenteriMELAKA

Syarikat swasta disaran buka peluang pekerjaan

Oleh AZHAR YUSOF

JASIN 27 Dis. – Kerajaan negeri mengalu-alukan usaha sama dari syarikat-syarikat swasta yang dapat bantu mempercepatkan proses pengambilan pekerja, sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerja di sektor kerajaan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, menerusi usaha sama itu, ia dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat di Negeri Melaka amnya dan penduduk setempat khasnya yang masih mencari pekerjaan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

Menurutnya, usaha itu sekali gus dapat memberi ruang kepada para graduan yang baru menamatkan pelajaran termasuk masyarakat setempat untuk berdikari dalam membina kerjaya demi kelangsungan hidup mereka di masa hadapan.

“Tindakan proaktif diambil oleh pihak pengurusan kilang Xinyi Energi Smart (M) Sdn. Bhd. yang membuka peluang untuk 350 bidang pekerjaan dalam pelbagai sektor di kilang terbabit seharusnya dijadikan contoh.

“Temu duga terbuka dianjur selama sebulan bermula 27 Disember 2018 hingga 31 Januari 2019 yang dilaksanakan ini berupaya membantu merealisasikan pembesaran projek Kilang Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. bagi Fasa 2 dan Fasa 3,” katanya.

Adly berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Temu Duga Pekerja Tempatan Kilang Xinyi Energi Smart (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di kilang itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr. Wong Fort Pin; Timbalan Ketua Pengarah JTKSM, Paeza Rosdi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Seah Shoo Chin dan Pengarah Urusan Xinyi Energi Smart (M) Sdn. Bhd., Datuk Liu Xiao Rong.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Goh Ong Sing; Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri, Suraiya Ch’ng Abdullah dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri, Rosli Osman.

Adly berkata, usaha sama itu memperlihatkan penggabungan pelaburan dan institusi pendidikan yang dilaksanakan di Melaka dan peluang pekerjaan telahpun tersedia dalam kalangan para graduan lepasan UTeM selepas ini.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 1,200 pekerja telah bekerja di kilang yang beroperasi sejak tahun 2015 di atas tanah seluas 188 ekar di Kawasan Perindustrian Elkay Lipat Kajang dengan pelaburan sebanyak RM2.7 bilion.

Ujarnya, dari jumlah itu, 35 peratus pekerjanya terdiri pekerja tempatan, 45 peratus pekerja asing, 20 peratus pekerja bantuan teknikal jangka masa pendek.

“Syarikat tersebut berupaya mengeluarkan produk-produk seperti ‘float glass’ dengan kuantiti 3,200 tan sehari dan ‘solar glass’ dengan kuantiti 1,900 tan sehari.

“Saya harap pihak pengurusan Xinyi dapat meningkatkan lagi pelaburan sedia ada dan menjadikan Melaka sebagai hub pengeluaran kaca terbesar di Asia Tenggara,” ujarnya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago