Categories: JENAYAH

Suspek kes kematian Syed Muhammad Danial dituduh esok

SHAH ALAM, 21 Ogos – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir pada 10 Ogos lepas akan didakwa di Mahkamah Kajang, dekat sini esok.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata individu berumur awal 40-an berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan yang sebelum itu terlibat dalam kemalangan kecil dengan keretanya, berhampiran Plaza Tol Sungai Besi dengan kedua-dua kenderaan berhenti dekat persimpangan Bandar Baru Bangi, selepas kejadian kejar-mengejar antara satu sama lain.

Sebelum kejadian berkenaan, kedua-dua pemandu itu dikatakan terlibat dalam pergaduhan dan dileraikan pengguna lebuh raya lain, sebelum mangsa yang keluar semula daripada kenderaannya dilanggar, dan tersepit antara kenderaan dengan penghadang jalan.

Susulan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua mereka direman tujuh hari sehingga Sabtu lepas namun hanya suspek lelaki disambung reman berakhir hari ini dan suspek wanita dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada Isnin lepas, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago