Categories: MELAKA

Surau baharu demi pelajar

BANDAR HILIR 20 Jun – Pembinaan surau baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka (MHS) merupakan inisiatif pihak sekolah memastikan keselesaan pelajar di sekolah itu menunaikan ibadah.

Pengetuanya, Ramnan Saidun berkata, tidak hanya memfokuskan kepada ibadah wajib, surau berkenaan turut digunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti sambutan Maulidur Rasul, ceramah dan lain-lain program keagaamaan.

Menurutnya, kerana itu pihaknya nekad membina surau baharu bagi mengantikan surau lama yang semakin usang.

“Saya sangat bersyukur kerana Surau An-Najihin yang baharu berjaya dibina dan siap sepenuhnya penghujung tahun 2017.

“Proses pembinaannya hanya mengambil masa enam bulan sahaja dan sehingga kini kami telah manfaatkannya dengan pelbagai aktiviti,” katanya.

Ramnan berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Surau An-Najihin di SMK Tinggi Melaka di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari.

Hadir sama, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM), Ahmad Hamizi Abu Hassan dan Pengerusi Pembinaan Surau An-Najihin, Datuk Dr. Baba Md. Seni.

Tambah Ramnan, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dana bagi pembinaan surau tersebut.

“Sejumlah RM610,000 berjaya dikumpul menerusi dana tersebut. Jika dilihat hari ini, suaru baharu ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 500 jemaah atau pelajar dalam satu-satu masa.

“Ia juga lebih kondusif berbanding surau lama yang telah rosak dari aspek bumbung dan dindingnya. Ia juga tidak selamat untuk digunakan,” katanya.

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: MHSSurau

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago