Sumbangan awam MU: Sumbangan korporat mungkin tidak lagi sesuai pada masa depan – Adly

TATKALA para legenda bola sepak Melaka masing-masing menolak idea Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li meraih sumbangan awam untuk membantu persatuan.

Ketua Menteri, Adly Zahari pula melihatnya dari sudut yang berbeza.

Beliau yang juga mantan Presiden MUSA berkata, ketika ini, persatuan dan Melaka United (MU) hanya ‘bernafas’ menerusi sumbangan korporat dan cara itu mungkin tidak lagi dilihat sesuai pada masa depan.

“Saya fikir mana-mana kelab mesti ada tanggungjawab pada pasukan yang saya telah serahkan pada pengurusan baru, bagaimana nak pacu.

“Tetapi untuk tempoh akan datang, pasukan bola sepak ini akan kembali menjadi milik penyokong secara keseluruhan.

“Dan rasa itu mungkin (sumbangan awam) berikan yang terbaik pada MU, saya fikir semua boleh sumbang pada pasukan bola sepak masing-masing.

“Kerana selama ini sumbangan hanya datang dari sektor korporat dan tidak individu dan individu boleh berperanan untuk menjayakan (perancangan) pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam pada Perhimpunan Pagi Bulanan Kerajaan Negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Berhubung isu itu, antara bekas pemain Melaka yang tidak menyokong idea itu ialah Ramli Junit dan Abdul Halim Jantan yang masing-masing melabelkan perkara itu sebagai membebankan

Ramli dilaporkan Berita Harian berkata, dia tidak bersetuju dengan ‘cara kampung’ ketika saingan bolasepak memasuki era profesional.

Abdul Halim pula ketika dihubungi MelakaKini mengulangi pendirian sama.

Idea Shen Li yang dimuat naik menerusi status di media sosial bagaimanapun disokong Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekriasi UiTm Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa yang melabelkan langkah itu sebagai tindakan bijak kerana ia memainkan sentimen terhadap penyokong skuad MU untuk turut bersama membantu dari belakang tabir.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago