Categories: MELAKA

Sumbang wang tunai, beg sekolah untuk anak-anak DUN Kuala Linggi

KUALA LINGGI 23 Dis. – Seramai 100 anak-anak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi cukup bertuah apabila diberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan beg sekolah dalam program ‘Back To School’, baru-baru ini.

Penyelaras DUN Kuala Linggi, Amran Othman berkata, program itu melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang datangnya daripada keluarga kurang berkemampuan.

Katanya, untuk program kali ini, pihaknya cuba membuat kelainan dalam program Back To School iaitu dengan memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM100 setiap seorang, berbeza dengan tempat lain yang rata-ratanya menyumbangkan pakaian dan kelengkapan sekolah.

“Sumbangan wang tunai ini datangnya daripada peruntukan Japerun dan beg sekolah itu pula datangnya daripada Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Halim Bachik yang turut merasmikan program kali ini.

“Kami amat berbesar hati kerana dapat berkongsi rezeki bersama masyarakat yang memerlukan pada penghujung tahun ini dan akan cuba untuk memastikan program seperti ini diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

Tambah Amran, selain menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar, pihaknya turut berkongsi rezeki kepada 100 penerima asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) di DUN Kuala Linggi dalam majlis yang sama.

“Sumbangan yang diberikan ialah dalam bentuk barangan asas kepada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago