Categories: MELAKASUKAN

Sulaiman Presiden baharu MUSA

KETUA Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali akan melihat semula struktur Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), selepas dilantik secara automatik menjawat jawatan Presiden badan induk bola sepak negeri itu.

Ia sekali gus menggantikan Damian Yeo Shen Li yang menjawat jawatan itu sejak 1 November lalu setelah mantan Ketua Menteri, Adly Zahari meletakkan jawatan pada hari yang sama.

Jelas Sulaiman, memandangkan perlembangaan MUSA meletakkan individu yang dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri, dia akan memastikan segalanya yang melibatkan kebaikan negeri menerusi pasukan Melaka United (MU) terjaga.

“Buat masa ini, sayalah Presiden MUSA.

“Saya akan melihat semula struktur MUSA itu sendiri, mereka (pengurusan MUSA) akan maklumkan kepada saya serta memberi penerangan serba sikit mengenai kewangan MUSA dan sebagainya.

“Jika saya terus memegang jawatan ini, saya akan terus memimpin pasukan bola sepak ini demi kebaikan negeri,” katanya.

Sulaiman dilantik menjawat jawatan Ketua Menteri selepas ketidaktentuan politik di Putrajaya yang memberikan kesan ke beberapa negeri termasuk Melaka.

Yang menyaksikan perubahan kerusi di Melaka kini dimiliki Perikatan Nasional (PN) 17 kerusi (13 Barisan Nasional termasuk, dua BERSATU, kerusi DUN Rembia dan Pengkalan Batu).

Sementara itu, sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian kelmarin mengadakan perjumpaan bersama Sulaiman bagi sesi perbincangan mengenai pasukan bola sepak Melaka United (MU) tersebut.

Dalam perbincangan itu, Sulaiman memberi ruang kepada Damian untuk bekerjasama dalam arena bolasepak itu asalkan membawa kebaikan kepada Negeri Melaka.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago