SUKMA 2020: Pemain e-sukan ‘semi-pro’ boleh cuba nasib

SUKMA 2020: Pemain e-sukan ‘semi-pro’ boleh cuba nasib

Maknanya open untuk semua. Tapi jangan AFK sudahlah. Marah team mate

PEMAIN separuh masa e-sukan juga boleh mencuba nasib mewakili kontinjen Melaka ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor menerusi pemilihan atas talian yang akan berlangsung pada 28 hingga 29 September depan di hab e-sukan Ancient Galaxy.

Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Ariffin Mohd Ghani, pengambilan atlet berkenaan juga tidak hanya menumpukan kepada pemilihan pemain profesional, asalkan tidak melebihi syarat umur ditetapkan iaitu 12 hingga 21 tahun.

“Mereka yang berminat dan berada dalam had umur ditetapkan boleh menguji bakat serta kepakaran yang ada untuk diserap ke kontinjen SUKMA Melaka.

“Borang penyertaan atas talian boleh didapati menerusi laman sosial Facebook dan Instagram MSN Melaka, saringan akhir akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka semasa ujian atas talian dibuat.

“Memandangkan ia sukan baharu, jadi kami memerlukan 25 atlet untuk mewakili Melaka dengan 18 orang merupakan atlet utama, manakala bakinya adalah simpanan,” katanya ketika ditemui pada perasmiam Hub e-sukan Ancient Galaxy yang dirasmikan Komunikasi, Multimedia, badan bukan kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee sebentar tadi.

Sebanyak tiga permainan akan dipertandingkan tahun depan iaitu, Mobile Legends Bang Bang (MLBB), Dota 2 dan Pro Evolution Soccer (PES).

Melalui pemilihan yang akan diadakan, Ariffin berkata, kualiti dimiliki individu diikuti beberapa elemen lain akan menjadi keutamaan dalam membarisi skuad Melaka ke Johor.

“Kualiti itu juga tertakluk kepada atlet yang akan bermain dalam permainan secara kumpulan seperti MLBB dan Dota 2.

“Kerana dalam setiap pasukan bertanding pastinya terdapat pemain yang tidak menepati kehendak,” katanya.

Tambah Ariffin, bagi pemilihan tenaga pengajar pula ia masih lagi dibincangkan di peringkat Persatuan E-Sukan Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS