“Sukar saya bayangkan hidup tanpa Alia dan Alissa” – Bapa saudara

“Sukar saya bayangkan hidup tanpa Alia dan Alissa” – Bapa saudara

Al-Fatihah...

Enam maut terlibat kemalangan AMJ-Jelatang

BANDARAYA MELAKA 10 Ogos – “Saya tak dapat bayangkan bagaimana untuk melupakan kenangan bersama kedua-dua arwah anak sedara yang saya bela sejak kecil,” ujar bapa saudara kepada dua remaja yang maut terlibat dalam nahas meragut enam nyawa di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin(AMJ) – Jelatang malam tadi.

Rashidi Muktar, 31, berkata, dia mula menjaga Allahyarham Alia dan Alissa Azhar dan seorang lagi adik mereka, Arshad, 14, sejak mereka berusia tujuh dan sembilan tahun kerana tinggal bersama ibunya, Zaleha Nikmat, 62, dan bapanya, Muktar Jalil, 70, di Yong Peng, Johor selepas kedua ibu bapa mereka berpisah.

“Tiga beradik itu tinggal bersama saya dan ibu bapa saya di Taman Kota Panorama dan sejak kecil kami yang menjaga mereka dan kedua-dua beradik iaitu Alia dan Alissa begitu rapat dengan saya.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saya dapat melupakan segala kenangan manis bersama mereka selepas ini,” katanya sambil menyekat airmata ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini awal pagi ini.

Selain dua beradik itu, turut terkorban dalam nahas pukul 9.40 malam ialah bapa mereka, Azahar Ahmad, 57, dan kakaknya, Habibah 60-an; isteri Azahar yang hanya dikenali sebagai Halimaton, 24,

Turut maut di tempat kejadian ialah pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang masih belum dikenal pasti identitinya, manakala penumpang perempuan dipercayai anak mangsa berusia 20 tahun mengalami cedera parah.

Menurut Rashidi yang merupakan seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Seri Yong Peng, kakaknya, Rosziati, 36, pernah berkahwin dengan Allahyarham Azahar namun berpisah kira-kira lapan tahun lalu dan sejak itu, ketiga-tiga anaknya dipelihara ibu bapanya di Johor.

Ketika kejadian katanya, Allahyarham Azahar yang merupakan pegawai Felcra Berhad yang menetap di Ipoh, Perak dalam perjalanan pulang selepas menjemput dua daripada tiga anaknya itu untuk .

Sementara itu, Rosziati ketika ditemui berkata, dia merancang membawa dua anaknya itu bercuti di Wet World Batu Pahat selepas Hari Raya Aidiladha ini tetapi tidak sempat kerana kedua-dua mereka telah dijemput bapanya.

“Anak saya selalu menyuarakan hasrat untuk mandi-manda di Wet World dan saya merancang untuk bersama mereka ke sana tapi apa boleh buat, bekas suami saya kebiasaannya membawa anak saya bersamanya setiap kali cuti panjang,” katanya.

Kesemua jenazah akan dikebumikan di tiga tempat berbeza atas permintaan keluarga mangsa di Yong Peng; Perak dan Brisu, Masjid Tanah.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES