Sudah menjadi tanggungjawab saya laksana amanah diberi – Adly

Sudah menjadi tanggungjawab saya laksana amanah diberi – Adly

Keharmonian sejagat terus dijaga. Besarnya tanggungjawab seorang pemimpin...

SUNGAI UDANG 21 Mei – Melaka komited memastikan bantuan diperlukan golongan asnaf dan miskin disampaikan sepenuhnya.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia selaras dengan ajaran Islam yang berkonsepkan ‘Rahmatan Lil Alamin’.

Katanya, perhatian lebih pastinya akan diberikan terhadap golongan itu bagi memastikan keharmonian sejagat terus dirasai.

“Itulah kasih sayang yang diterapkan dalam Islam meliputi kepelbagaian bangsa, keturunan dan agama selaras dengan konsep Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin.

“Sebagai pemimpin adalah menjadi tanggungjawab saya melaksanakan amanah yang diberi,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Tangga Batu di sini semalam.

Terdahulu, Adly telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM18,000 kepada kira-kira 120 penerima Dewan Undangan Negeri (DUN), Paya Rumput, Sungai Udang, Klebang dan Pantai Kundor.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tangga Batu, Prof. Madya Rusnah Aluai; Penyelaras DUN Sungai Udang, Mohd Lokman Abd. Ghani dan Penyelaras DUN Pantai Kundor, Juhari Osman.

Adly turut meluangkan masa berbuka bersama para penerima dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Sultan Muhammad V.

CATEGORIES
TAGS