Suatukala 2 inspirasi kisah rakyat

Suatukala 2 inspirasi kisah rakyat

Kisah rakyat kita terselit banyak pengajarannya...

SEMPENA cuti sekolah Astro First Eksklusif membawakan filem televisyen (FTV) ekslusif berjudul Suatukala 2 -Timun Mas & Ijo yang diinspirasikan daripada kisah rakyat serumpun.

Filem yang diangkat daripada kisah rakyat Nusantara ceritera rakyat Jawa, Indonesia ini merupakan sekuel kepada Suatukala 1 – Malim Kundang, Merah, Puteh dan Badang.

Pengarahnya, Shamyl Othman berkata, karya ini mengambil kisah mengenai Timun Mas yang lahir dari sebiji timun gergasi dan dibesarkan oleh Mbak Sarini.

“Timun Mas kemudiannya dilatih untuk bertempur dan lari daripada serangan musuh terutama jauh daripada genggaman wanita sihir, Mak Andeh.

“Dia juga dikejar oleh Ijo, raksasa yang menggerunkan dan perlu menggunakan keberanian, kemahiran serta kuasa ajaib untuk bebas dari Ijo tanpa mengetahui kuasa sebenar dimiliki dirinya,” katanya.

Menarik mengenai FTV ini, ia turut menampilkan pelakon handalan tanah air, Fasha Sandha menerusi watak Mak Andeh.

Selain Fasha ia turut djayakan Fikry Kiki, Thalia Ivanka, Prisia Nasution, Kishok dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan, Red Communications Sdn. Bhd., filem ini dijangka menemui peminat mulai 1 Ogos ini di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan menerusi platform digital, On Demand.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS