SU Agung MUSA jawab isu kenaikan harga tiket

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) terpaksa menaikkan harga tiket bagi musim 2020 memandangkan kos perlawanan di laman sendiri yang makin meningkat setiap tahun.

Setiausaha Agungnya, Farhan Ibrahim ketika dihubungi berkata, peningkatan dari RM10 kepada RM15 bagi kawasan terbuka, diikuti RM15 ke RM20 tahun ini bagi kawasan tertutup, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Namun katanya, harga tiket itu masih lagi rendah, jika ingin dibandingkan dengan beberapa stadium lain di seluruh negara.

“Kita ikut harga ketika musim 2018, iaitu harga dua musim lepas, perlu faham keadaan sekarang, kos makin meningkat setiap tahun dan ada kalanya tidak mampu untuk menampung ‘overhead’ setiap perlawanan.

“Tetapi, kita cadangkan pada penyokong untuk dapatkan harga terbaik menerusi pas bermusim, jika dibuat kiraan harga tiket di laman sendiri akan mencecah RM12, bergantung pada pas bermusim yang dibeli.

“Atau membeli tiket di atas talian, untuk orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak di bawah 12 tahun, MUSA kekal tidak mengenakan caj,” katanya sebentar tadi.

Farhan berkata, beliau berharap penyokong kekal menyokong tindakan tersebut yang telah diluluskan menerusi mesyuarat Exco MUSA semalam.

“Pada 2019, saya menganggarkan MUSA menerima RM900,000 hasil jualan tiket, berdasarkan kehadiran lebih 85,000 penyokong.

“Oleh itu, saya berharap peminat Melaka United (MU) kekal menyokong pasukan dan hadir menyaksikan aksi pasukan di Stadium Hang Jebat,” katanya.

Di laman sosial, kenaikan harga tiket berkenaan yang dimuatnaik halaman rasmi MUSA menerima reaksi berbeza.

Ada antaranya yang menyokong dan membangkang tindakan tersebut.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago