BACHANG 14 Jan. – “Melaka mencatatkan 31 kes influenza setakat semalam, secara dasarnya kawalan telahpun dibuat Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Negeri,” kata Ketua Menteri, Adly Zahari.
Beliau berkata, rekod itu dikeluarkab Kementerian Kesihatan setakat semalam dan virus itu masih terkawal sehingga hari ini.
“Sebenarnya tiada isu vaksin tidak cukup kerana melalui peringkat kementerian kalau ada isu tidak cukup sepatutnya berurusan dengan pihak kesihatan sendiri.
“Di peringkat persekutuan memang cukup, kalau ada klinik swasta yang tidak ada vaksin itu, ia kes-kes terpencil sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina 2020 di Pasaraya KipMall, hari ini.
Tegasnya, Kementerian Kesihatan dan hospital mempunyai keperluan stok yang mencukupi.
“Saya rasa mungkin ada sesetengah tempat penggunaanya agak tinggi dan ia mememrlukan stok dari tempat lain.
“Jika perlu, saya rasa penyelarasan itu boleh dibuat di peringkat Kementerian Kesihatan,” katanya.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment