SPRM rujuk ‘taskforce’ sebelum ambil tindakan

SPRM rujuk ‘taskforce’ sebelum ambil tindakan

Rasuah dihina, maruah dibina

 

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan Pegawai khas atau ‘taskforce’ bagi meneliti kes melibatkan rasuah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara(LKAN) sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketua SPRM, Latheefa Koya berkata, laporan yang diterima dari LKAN adalah besar dan memerlukan penelitian bagi mengenal pasti punca jenayah itu berlaku dan solusi bagi menanganinya.

Beliau berkata demikian selepas program Melaka Tolak Rasuah yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari, bersempena Tahun Melawat Melaka 2019 di Taming Sari, Banda Hilir.

Hadir sama, Setiausaha Kerjaan Negeri, Datuk Hasim Hassan, Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan, Datuk Jailani Khamis.

Tambah Latheefa, kontrak atau tender projek yang diterima perlu dipaparkan bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya jenayah rasuah.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES