Categories: MELAKA

Sokong lantik anak negeri sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka

MELAKA 17 Jun – Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad) menyokong sebarang cadangan agar kerajaan negeri mencalonkan anak negeri Melaka sebagai Yang Dipertua Negeri yang baharu.

Pengerusinya, Khalid Hussin berkata, selain kriteria sebagai anak negeri, pihaknya turut mencadangkan calon dipilih bukan dalam kalangan ahli politik bagi memastikan Yang Dipertua Negeri dapat melaksanakan tugas tanpa campur tangan parti politik.

“Calon yang dipilih nanti sebaik-baiknya mempunyai latar belakang keluarga berkaitan dengan pemimpin pada zaman Kesultanan Melayu Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian, ketika ditanya mengenai hakikat bahawa sejak negara Merdeka pada 1957, anak Melaka tidak pernah dilantik ke jawatan tertinggi negeri ini iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka.

Menurut Khalid, calon Yang Dipertua Negeri perlu mempunyai sifat amanah, bertanggungjawab, berilmu pengetahuan, merendah diri dan tegas.

Beliau turut berharap calon Yang Dipertua Negeri mampu menjaga rakyat dan memikul tanggungjawab dengan baik sebagaimana Yang Dipertua Negeri Melaka ketika ini dan sebelumnya.

Jumaat lalu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri masih belum membincangkan
kedudukan Yang Dipertua Negeri Melaka termasuk dari segi tempoh lanjutan lantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, atau mencadangkan calon bagi menggantikan Mohd Khalil yang bakal tamat tempoh lantikannya tahun hadapan.

Ini kerana kata Adly Zahari masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

Mohd Khalil mengangkat sumpah untuk penggal keempat sebagai Yang Dipertua Negeri pada 27 Mei 2016.

Tempoh sepenggal sebelum ini adalah selama empat tahun.

Mohd Khalil yang berasal dari Kuantan, Pahang pertama kali mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004 menggantikan Tun Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin.

Isteri Mohd Khalil iaitu Toh Puan Zurina Kassim berasal dari Duyong, Melaka.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: PesawadTYT

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago