SMK Malim sertai ‘Back To Nature’

SMK Malim sertai ‘Back To Nature’

sama-sama kita mencintai alam sekitar

AYER KEROH 14 Ogos – Seramai 24 ahli Kelab Pencinta Alam (KPA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim menyertai Program Pendidikan Alam Sekitar ‘Back To Nature’ di Taman Botanikal di sini, baru-baru ini.

Program sehari yang turut disertai empat guru pembimbing KPA itu bermatlamat memberi pengalaman dan meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat serta mendalam berkaitan flora dan fauna di hutan tropika di Taman Botanikal itu.

Pada masa sama, menerusi program itu juga, pelajar dapat mengetahui kepentingan hutan tropika kepada manusia dan haiwan.

Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan hutan tropika kepada generasi akan datang.

Antara guru yang terlibat ialah Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum SMK Malim, Badariah Jonet; Ketua Guru Penasihat (KPA) Nor Rahimy Nor Rahim dan guru-guru penasihat KPA, Che Aziz Jaafar dan Tuan Nah Raja Othman.

 

Oleh AZHAR YUSOF

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS