SMK Krubong & SK Krubong 2 beri manfaat pada penduduk

SMK Krubong & SK Krubong 2 beri manfaat pada penduduk

Lagi fasiliti kemudahan buat rakyat DUN Paya Rumput

PAYA RUMPUT 5 Nov. – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong 2 yang masing-masing dijangka siap Mac tahun depan dan Jun 2021 akan memberikan manfaat kepada ribuan pelajar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, SMK Krubong yang dibangunkan dengan kos keseluruhan RM36 juta akan memberikan manfaat kepada sejumlah 720 pelajar.

Sekolah itu katanya, yang dibina di atas tanah seluas 14 ekar memiliki 24 buah bilik darjah dan dijangka akan dibuka pada Mac tahun depan.

“Perkembangan pembinaan SMK Krubong setakat ini sudah mencapai tahap 77.4 peratus.

“Manakala, Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong 2 yang menelan kos keseluruhan RM30 juta pula dijangka siap pada Jun 2021.

“SK Krubong pula dibina di atas tanah seluas 10 ekar dan memiliki 24 bilik darjah serta mampu memuatkan 720 orang murid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke kedua-dua buah sekolah itu baru-baru ini.

CATEGORIES