Categories: KebajikanMELAKA

Skuad Medik Durian Tunggal bantu pesakit terlantar

DURIAN TUNGGAL 30 Jan – Pelancaran Skuad Medik Durian Tunggal merupakan inisiatif bagi membantu pesakit terlantar yang tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk menerima rawatan kesihatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, skuad tersebut akan turun padang melakukan rawatan dari kampung ke kampung setiap minggu.

“Setiap minggu satu kampung di bawah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan dilawati untuk menerima rawatan kesihatan daripada lima mahasiswa tahun akhir Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

“Kesemua mereka terlatih dan mereka akan diselia pensyarah setiap pasukan, Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) kita juga akan bekerjasama dalam program ini,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, pihaknya akan mengenal pasti setiap pesakit di bawah pentadbiran MPKK setiap minggu.

“Skuad ini juga akan memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana memberikan rawatan asas kepada pesakit-pesakit yang terlantar dan tidak boleh menguruskan diri.

“Program ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa dalam usaha mendekati masyarakat sekali gus menyelami kesusahan dan penderitaan mereka,” katanya.

Program tersebut mendapat kerjasama Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan KUIM di bawah Program Ziarah Kesihatan KUIM.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago